Assalamualaikum.
Kenapa kita mesti mencari yang halal?
Sebab utama mengapa kita perlu mencari yang halal ialah kerana ia adalah perintah Allah s.w.t kepada kita, seperti mana Allah berfirman yang maksudnya:
"Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik."
(Surah al Baqarah : Ayat 186).
Sebab kedua : Mengelakkan daripada azab Neraka.
Sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w " Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya ". (Riwayat Thabrani)
Sebab ketiga : Doa yang makbul.
Rasulullah s.a.w berpesan: Betapa ramai orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu sebab terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.
(Riwayat Muslim)
Sebab keempat : Amalan yang diterima oleh Allah s.w.t
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.
Sabda Rasulullah: Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari. (Riwayat Thabrani)
Sabda Rasulullah: Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari. (Riwayat Thabrani)
Sebab kelima : Membentuk Hati yang Bersih
Memakan makanan yang halal akan membentuk hati yang bersih daripada kejahatan. Seperti mana sabda Rasulullah :
"Hati yang bersih dibentuk daripada makanan yang bersih (halal)."
Sekadar sebuah perkongsian. We are what we eat. (:
credits | Abd Rahman Baco (admin@halalscience.com)
1 comment:
USIM Terbaik
Post a Comment