FROM US
Assalamualaikum. Welcome to our blog. Come and join us on this 29th September 2012. Feel free to drop any comments or suggestions on this page. Thank you for visiting and do come again.

Saturday, 5 November 2011

Dua Golongan Yang Dikecam


Assalamualaikum.


Islam mengecam kedua-dua golongan iaitu orang-orang yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, namun kecaman yang lebih kuat dan lebih berat dikhususkan kepada orang-orang yang mengharamkan yang halal. Ini kerana, golongan ini menyebabkan kongkongan terhadap orang ramai dan meyempitkan apa yang Allah s.w.t luaskan kepada mereka tanpa ada sebab memaksa.


Peyebaran maklumat, sama ada benar ataupun palsu mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden pada masa kini. Kemudahan emel, laman web dam khidmat pesanan ringkas (sms) membolehkan penyebaran maklumat tanpa perlu bersua muka, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Saya pasti ramai diantara kita sebelum ini pernah menerima maklumat mengenai senarai ubat-ubatan yang mengandungi babi di

pasaran Malaysia, senarai produk-produk haram dan ayam restoran makanan segera tidak halal yang disebarkan melalui emel, sms dan laman web.  Ramai juga diantara kita yang turut membantu menyebarkannya tanpa menyelidiki terlebih dahulu kesahihannya dan sumber pertama yang mengeluarkannya. Jika berita tersebut tidak benar, secara tidak langsung kita terlibat menyebarkan fitnah terhadap produk yang terbabit dan lebih teruk lagi kita turut mengharamkan sesuatu yang halal untuk orang ramai.

Islam menekankan supaya kita menyelidik, berfikir dan memastikan kebenaran sesuatu maklumat supaya tidak terperangkap dengan berita palsu atau maklumat berunsurkan fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsurkan fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita yang tidak benar. Wallahu'alam.

Source : www.halalscience.com

No comments: